6 senaman yang paling mudah, jika anda mahu mendaki Gunung Kinabalu.

Perkara yang selalu pendaki baharu fikirkan adalah, apakah senaman atau persediaan yang perlu dilakukan sebelum mendaki Gunung Kinabalu.

Ini antara 10 tips senaman mudah yang boleh anda buat, semua senaman ini telah saya buat dan memang mudah dilaksanakan.

1. JOGGING merupakan senaman mudah yang boleh dilakukan walau di mana anda berada. Untuk yang merasakan aktiviti ini membosankan, cuba anda jadikan joging ini lebih kreatif dengan mendengar lagu kegemaran anda. Pasti ianya lebih santai dan seronok. Oh ya, jika anda merasakan anda hanya mampu berjoging beberapa langkah sahaja, cuba tips ini, semasa anda berjoging pastikan kepala tegak dan memandang ke hadapan, jangan asyik tunduk sahaja kerana ini menyebabkan anda kekurangan oksigen dan mudah merasa penat. Seterusnya kecikkan saiz langkah anda. Sebagai permulaan cukupla dengan jarak ikut saiz kaki bila berjoging. Pasti seronok bila berjoging.

2. HIKING merupakan aktiviti yang agak santai. Untuk permulaan anda cuba untuk berjalan sahaja di kawasan atau tempat yang anda suka. Jangan terus memilih kawasan hiking yang ekstrim atau terlalu tinggi. Jika anda baharu berjinak jinak dengan hiking, pilihla laluan yang agak mudah. Rasakan kenikmatan alam semulajadi. Ini kerana mendaki gunung yang tinggi seperti Gunung Kinabalu memerlukan stamina yang kuat. Jika anda suda merasa seronok hiking, maka cubalah hiking di kawasan yang mempunyai jarak yang lebih tinggi atau jauh. Bawalah rakan atau suami atau isteri agar suasana lebih seronok dan ceria.

3. TURUN NAIK TANGGA membolehkan kita melatih kekuatan kaki kita. Untuk pengetahuan anda, laluan ke Gunung Kinabalu banyak menggunakan tangga. Bagi yang bekerja di bangunan tinggi anda bolehla untuk menggunakan tangga sebagai senaman harian anda. Senaman ini bukan sahaja menguatkan kaki anda tetapi mampu menurunkan berat anda secara tidak langsung. Ianya juga memberikan punggung yang lebih menarik. Sebagai permulaan, anda mulakan minggu pertama dengan menuruni dan mendaki tanggi 3 kali sehari dalam minggu pertama. Dan pada minggu kedua anda boleh tingkatkan lagi jumlah kepada 5 kali sehari. Jadi apa tunggu lagi!. Bagi yang tinggal di kawasan flat atau pangsapuri tinggi jangan gunakan lif anda cuba dengan menggunakan tangga.

4. BERBASIKAL, aktiviti ini memberikan kelebihan bagi yang mempunya sakit di bahagian kaki atau tumit. Senaman ni boleh anda lakukan pada waktu pagi atau waktu petang. Jika anda mahu mengelakkan sakit di bahagian kaki, berbasikal adalah jawapannya. Tidak perlula anda membeli basikal yang agak mahal,cukupla basikal tersebut sesuai dengan anda. Kecuali jika anda mahukan sesuatu yang menarik, apa salahnya berbelanja lebih sedikit kerana aktiviti berbasikal boleh digunakan dalam masa yang panjang.

5. FUTSAL, sukan ini sesuai kerana aktiviti ini mampu mengeluarkan peluh yang banyak. Semakin kita berpeluh bermakna senaman tersebut banyak menggunakan kekuatan otot dan fizikal kita. Sukan ini juga membolehkan kita berlari dan melatih jantung kita untuk lebih baik. Anda juga boleh minum air madu sebagai minuman pemberi tenaga yang baik.

6. PARKING KERETA JAUH, em pasti anda tertanya tanya kenapa nak paking jauh? Bila anda letakkan kereta agak jauh, ini akan memaksa anda untuk berjalan dan ianya boleh membakar kalori anda setelah seharian duduk sahaja di atas kerusi pejabat. Semakin banyak anda berjalan semakin banyak kalori yang terbakar.. Ini perkara yang baik bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan. Jika anda berjaya mengurangkan berat badan, maka anda lebih mudah untuk mendaki gunung Kinabalu. Sebabnya beban anda semakin kurang.

Jom kita mulakan langkah pertama sebelum mendaki gunung kinabalu..